Nia Kurnia Sari maut diperkosa, suspek warga tempatan

Nia Kurnia Sari maut diperkosa, suspek warga tempatan

JAKARTA: Seramai lima saksi dipanggil bagi membantu soal siasat berhubung kes pembunuhan Nia Kurnia Sari, 18, seorang gadis penjual makanan dari Padang Pariaman, Sumatera Barat.

Ketua Polis Padang Pariaman, Ahmad Faisol Amir, mengesahkan pemeriksaan saksi akan diteruskan untuk mencari bukti-bukti baharu.

“Sehingga sekarang, ada lima saksi yang disoal, dan akan bertambah untuk mencari bukti-bukti baharu,” katanya.

Jasad Nia ditemukan dalam keadaan tanpa pakaian Ahad lalu, selepas hilang pada petang Jumaat ketika sedang menjual makanan.

Sukarelawan, Donald Debra mendedahkan pelaku disyaki merupakan penduduk setempat sambil menambah maklumat yang diperolehnya menunjukkan suspek berkemungkinan besar adalah penduduk tempatan.

Tambah Debra, kawasan sekitar tempat Nia menjual sangat sunyi sepi,sambil menambah suspek sering meluangkan masa di sekitar lokasi kejadian.

“Di sekitar lokasi memang ada banyak gubuk (pondok) yang sering digunakan untuk bersembang,” katanya lapor Tribunnews.

Sementara itu, pihak polis berkata,tiga daripada empat suspek disoal siasat, manakala seorang lagi belum dapat dikesan.

Selasa lalu, pihak polis memaklumkan pihaknya menemukan pakaian terakhir yang dipakai oleh Nia di sekitar lokasi tersebut, selepas disahkan oleh kakaknya, Rini Wahyuni.

Ahmad Faisol Amir berkata,motif pembunuhan tidak berkaitan dengan pencurian, tetapi didakwa berkaitan dengan perbuatan tidak bermoral, yang besar kemungkinan adalah pemerkosaan kerana barang-barang berharga seperti cincin dan wang yang dimiliki oleh Nia ditemukan di lokasi kejadian.

Scroll to Top