Sejak semalam kecoh mengenai berita penemuan mayat warga emas tinggal rangka oleh anaknya di sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur.
Penemuan telah menimbulkan spekulasi dan dakwaan terutama terhadap anak mangsa kerana didakwa mengabaikan bapa mereka sehingga tidak maklum warga emas itu telah meninggal dunia seorang diri di rumah sejak empat tahun lalu.
Mayat warga emas tinggal rangka
Terbaharu, seorang individu mendedahkan sisi lain mengenai kisah warga emas itu, lebih-lebih lagi melibatkan anak-anaknya selama ini.
Dakwa individu itu, anak-anak kepada warga emas itu tidak bersetuju bapa mereka berkahwin dengan seorang wanita asal Indonesia dan rumah didiami itu adalah pembelian mereka kepada arwah.
Dakwanya lagi, apa yang membuatkan mereka tidak suka apabila ibu tiri berkenaan apabila wnaita itu sebenarnya pengikis duit arwah bapa dan bertindak melarikan diri dan membuat rumah di Indonesia.
“Sebenarnya arwah ni kahwin baru dengan wanita Indonesia. Isteri lama meninggal.
“Anak-anak tidak setuju dia (arwah) kahwin dengan wanita tersebut dan arwah menjauhkan diri daripada anak-anak. Rumah itu anak-anak yang belikan untuk arwah,”dakwa individu di platform X.
Anak cari tapi tak jumpa, silap tak lapor kehilangan
Menurut individu itu, anak-anak arwah akui kekhilafan mereka kerana tidak melaporkan kehilangan bapa sepanjang tiga tahun pencarian dan menjejaki lelaki itu.
“Kali terakhir arwah kelihatan bayar bil di pejabat Jabatan Pengurusan Bersama (JMB) pada bulan September 2021.
“Anak ada datang ke rumah ayahnya beberapa kali tetapi berkunci rapat. Ada yang percaya, dia pergi cari isteri ke Indonesia. Tapi mereka fikir juga ayahnya dah bercerai.
“Hinggalah pada 5 September lalu, anaknya buat keputusan untuk memecah pintu rumah. Baru sedar ayahnya meninggal dunia,”kongsinya lagi.
Artikel lain: Rangka warga emas ditemui atas tilam, empat tahun reput dalam rumah
Apa yang membuatkan mereka pelik apabila mayat warga emas itu tidak berbau meskipun sudah bertahun lamanya meninggal dunia.
Namun, mereka beranggapan positif dan menganggap ia berkemungkinan amalan arwah yang mengajar kanak-kanak di sekitar kawasan berkenaan membaca Al-Quran dan mudir kepada Kelas Tahfiz.
Sumber: X amr_zhn01