PRK Nenggiri: Baki dua hari tempoh kritikal

PRK Nenggiri: Baki dua hari tempoh kritikal

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang masih berbaki dua hari adalah tempoh yang kritikal bagi menentukan undi penduduk.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata namun beliau yakin dengan sambutan yang diterima penduduk kemenangan akan berpihak kepada PN.

Katanya, beliau optimis calon Pas Mohd Rizwadi Ismail mampu memperoleh kemenangan pada PRK ini.

“Alhamdulillah saya sudah diberi taklimat daripada jawatankuasa induk sebentar tadi. Kita sudah diberi data serta maklumat terperinci tentang apa yang sedang berlaku di bawah dan sambutan daripada pengundi Nenggiri sangat memberangsangkan.

“Malah, sesetengah kawasan yang kita tak boleh tembusi termasuk kawasan Orang Asal, mereka sedang mengalukan kehadiran kita (PN) dan kita sudah mengadakan beberapa program di sana.

“Secara umumnya saya yakin tapi dalam PRK kita jangan terlalu ‘over confident’ (terlalu yakin) kerana berbaki tiga hari ini agak kritikal untuk menentukan arah mana termasuk pengundi luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Limau Kasturi di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, dia turut merayu agar pengundi luar pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top