“Mahal Ke Kalau Saya Caj RM600” – Pengasuh Mengeluh Ibu Bapa Liat Bayar Gaji, Siap Minta Diskaun | Oh! Media

“Mahal Ke Kalau Saya Caj RM600” – Pengasuh Mengeluh Ibu Bapa Liat Bayar Gaji, Siap Minta Diskaun | Oh! Media

Perkhidmatan mengasuh anak boleh dikatakan keperluan buat ibu bapa yang bekerja sepenuh masa. Walau bagaimanapun, kadar bayaran berbeza mengikut individu.

Menerusi laporan mStar, seorang wanita yang bekerja sebagai pengasuh, mengeluh di Facebook apabila sesetengah ibu bapa mengatakan kadar bayaran yang dikenakan terlalu tinggi.

Salah ke saya caj 10 hari mengasuh dari pukul 3 petang sehingga 3 pagi setaip hari kecuali Isnin, sebanyak RM600 termasuk bermalam semalaman pada bulan Julai.

Mahal ke kalau saya caj RM600 untuk budak berusia dua tahun dan lapan tahun bagi empat hari tiga malam.

Jelasnya lagi, kadar bayaran tersebut termasuk dengan makanan dan minuman dua anak asuhannya yang telah dipersetujui oleh ibu bapa.

Tiba-tiba berubah fikiran dan meminta diskaun

Bila tiba hari pembayaran, kedua mereka mendakwa wanita tersebut meletakkan harga yang tinggi.

Cakap nak bayar Rm500 sahaja untuk bulan Julai.

Mereka minta tangguh bayaran juga, kemudian si suami tu cakap dia tak tahu pasal perjanjian tu sedangkan dah dipersetujui oleh si isteri.

Sementara itu, dia juga menjelaskan tak minta bayaran tambahan walaupun mereka menghantar anak awal atau menjemput mereka lewat dari masa yang dijanjikan.

Jika persetujuan sudah dibuat, sepatutnya tiada isu berhubung isu ini. Apapun, diharapkan perkara ini diselesaikan dengan cara baik lah ye.


Scroll to Top