nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Lebih 100 individu menyertai solat jenazah ghaib di Masjid Negara, di sini, ke atas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dilaporkan terkorban, semalam.
Solat berkenaan diimamkan oleh Imam Kanan Masjid Negara, Hassan Alfadhli Abdul Rahman.
Terdahulu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan, memaklumkan masjid seliaannya iaitu Masjid Negara serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas itu, malam ini.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff dipetik berkata, solat jenazah ghaib untuk Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran semalam, akan diadakan selepas solat maghrib.
Pada awal pagi semalam, Hamas mengumumkan bahawa Ismail dibunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.
© New Straits Times Press (M) Bhd