“Saya Tak Pernah Berdoa Minta Kaya Tapi Nak Zakat Bertambah” HALIZA MAYSURI – Hijabista

“Saya Tak Pernah Berdoa Minta Kaya Tapi Nak Zakat Bertambah” HALIZA MAYSURI – Hijabista

Bagi para hijabi di luar sana, anda pasti pernah mengalami sakit perut terutama ketika datang haid. Namun, sakit perut ketika haid agak berbeza dengan sakit perut belah kanan bawah ini. Jika anda kerap berasa sakit perut belah kanan bawah, Ia sebenarnya petanda bahaya dan berkemungkinan disebabkan oleh penyakit lain. 

Pernah tak anda rasa seperti benda tajam menusuk-nusuk perut anda?

Sakit perut mungkin perkara biasa yang berlaku pada seseorang dan akan hilang dengan sendirinya pada tempoh tertentu dan selalunya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika anda kerap mengalami sakit perut sebelah kanan bawah, pergilah melakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Sumber gambar dari google

Sebelum pergi lebih jauh pada punca penyakit, anda perlu mengenalpasti dahulu beberapa organ pada bahagian perut pada sebelah kanan. Organ yang terdapat pada bahagian ini adalah:

  • Hati
  • Hempedu
  • Pundi kencing
  • Sebahagian daripada pankreas
  • Usus besar dan kecil
  • Buah pinggang kanan(di belakang belakang organ lain)

Punca rasa sakit perut belah kanan bawah ini berkemungkinan berpunca daripada organ dan saraf yang terdapat pada bahagian perut di kawasan tersebut.

Artikel berkaitan: Perut Berbunyi Sebagai ‘Penggera Badan’, Tapi Kalau Selalu Bunyi Tanda Masalah Jangkitan Di Usus

Punca rasa sakit perut belah kanan bawah

Berikut adalah kemungkinan keadaan kesihatan yang boleh berlaku jika anda kerap sakit perut sebelah kanan bawah:

1.Sembelit

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Sumber gambar dari google

Sembelit adalah suatu gejala, bukan penyakit. Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar anda berkurangan dan terasa sukar untuk membuang najis. Anda akan mengalami kesukaran menggerakkan usus besar disebabkan najis yang keras di dalamnya.

Setiap orang pasti pernah mengalami sembelit dalam hidup mereka dan puncanya selalunya disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Diantara gelaja dan tanda sembelit adalah tidak membuang air besar beberapa hari, membuang najis yang keras dan kering, perut kembung, kejang atau sakit dan kurang selera makan.

Apabila anda mengalami sembelit, anda mungkin berasa terbakar di bahagian atas abdomen dan juga boleh berlaku di sebelah kanan abdomen anda. Disebabkan ini lah anda terasa sakit di bahagian kanan bawah. Sembelit selalunya akan hilang dengan sendirinya, tetapi jika ia belarutan semula dalam tempoh dua minggu, segera berjumpa doktor.

2. Ulser Perut

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Sumber gambar dari google

Ulser perut turut dikenali sebagai ulser gastrik atau penyakit gastrik. Ulser perut adalah adalah rasa sakit yang berlaku apabila lapisan perut, esofagus, atau usus kecil mengendur akibat kerosakan pada lapisan yang disebabkan oleh asid perut. Ianya merupakan luka pada bahagian lapisan dalaman perut. Di antara gejala ulser perut ini termasuklah :

  • Sakit perut dan dada
  • Loya
  • Pedih ulu hati
  • Muntah
  • Keletihan
  • Kembung perut
  • Senak dan gangguan pencernaan

3. Apendisitis

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Sumber gambar dari google

Apendiks adalah gejala biasa yang sering dikaitkan dengan sakit perut di sebelah kanan. Apendiks yang teruk boleh pecah dan juga membawa maut jika tidak dirawat. Penting untuk anda ketahui tanda-tanda apendiks daripada awal. Antara tanda-tanda apendiks adalah:

  • Tanda pertama adalah apabila anda mengalami kesakitan berhampiran pusat atau perut bahagian atas yang menjadi tajam apabila ia bergerak ke bahagian bawah abdomen kanan.
  • Hilang selera makan
  • Perut mula bengkak
  • Mual atau muntah selepas sakit perut bermula
  • Sakit ketika membuang air kecil dan kesukaran untuk membuang air kecil
  • Kekejangan perut yang teruk
  • Cirit-birit

Beza apendiks dengan sakit perut biasa

  • Apendiks bermula di sekitar perut sebelum merebak ke bahagian bawah abdomen kanan
  • Bertambah teruk semasa bergerak, menarik nafas mendalam, bersin atau batuk
  • Kesakitan terjadi tiba-tiba
  • Bertambah teruk dalam beberapa jam
  • Merupakan kesakitan yang tidak pernah dirasai
  • Pernah terjadi dengan tambahan gejala baharu

Cara untuk merawat apendiks ialah melalui antibiotik atau appendectomy, iaitu pembedahan mengeluarkan appendiks supaya komplikasi seperti appendiks pecah dapat dielakkan. Dalam masa 12 jam selepas pembedahan, biasannya pesakit sudah boleh bangun dan bergerak. Selepas hanya 2 hingga 3 minggu, biasanya pesakit sudah boleh kembali melakukan aktiviti normal.

4. Batu karang

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Sumber gambar dari roti kaya

Penyakit batu karang merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Di Asia, penyakit batu karang selalunya berlaku dengan kekerapan sebanyak 10% hingga 20%. Batu karang merupakan ‘deposit’ keras yang terbentuk akibat pengumpulan mineral dan garam di dalam kawasan buah pinggang. ‘Deposit’ ini juga boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk anda.

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Jenis batu karang dan puncanya

Jika batu karang dalam saluran kencing kecil, anda mungkin akan tidak mengalami sebarang gejala. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai batu karang yang besar, anda mungkin mengalami gejala seperti sakit pada bahagian bawah abdomen, pedih ketika membuang air kecil, membuang air kecil dengan kerap dan terdapat darah di dalam air kencing. Jika anda mempunyai gejala yang disebutkan, anda perlulah melakukan ujian air kencing dan juga ujian pengimbasan untuk mendiagnosis penyakit batu karang ini.

5. Sista ovari (ovarian cyst)

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Sumber gambar dari xtra

Penyakit sista ovari ataupun ovarian cyst ini adalah yang paling digeruni oleh setiap wanita. Umum mengetahui bahawa wanita mempunyai ovari di kedua-dua belah rahim. Kadangkala, kantung berisi cecair atau lendir boleh terbentuk pada ovari. Ovarian Cyst ini kerap berlaku dalam kalangan wanita muda kerana sistem reproduktif dan ovarinya masih berfungsi dalam keadaan baik. Bahkan sebenarnya, ramai yang tak sedar mereka mengalami cyst kerana penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau memberikan sebarang masalah pada awalnya.

Walau bagaimanapun, sista boleh membesar dengan cukup besar untuk menyebabkan kesakitan, dan jika sista berada di ovari kanan anda, anda akan berasa sakit di kawasan itu. Sista ini juga hanya akan dikesan apabila anda membuat ultrasound atau apabila membuat pemeriksaan kesihatan. Oleh itu, rajinlah membuat pemeriksaan kesihatan dan segeralah berjumpa Doktor jika rasa sakit yang teruk pada bahagian bawah kanan datang secara tiba-tiba.

6. Kekejangan otot.

Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Sumber gambar dari google

Kekejangan otot merupakan perkara biasa dan mungkin terjadi dek sesi kardio atau senaman yang kuat dan berlebihan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlulah memanaskan badan dengan cara yang betul dahulu. Dengan memanaskan badan, sistem pernafasan dan kardiovaskular akan meningkat secara berperingkat kemudian darah yang mengalir ke otot akan turut meningkat serta menaikkan suhu badan.

Kejang otot juga merupakan antara penyebab rasa sakit di sisi kanan perut anda. Mana tidaknya, otot anda mungkin ‘terkejut’ dan diafragma berfungsi lebih daripada kebiasaan. Sebagai tip, anda boleh fokus pada otot utama semasa memanaskan badan seperti hamstring (pangkal peha). Kemudian barulah anda lakukan senaman ringan yang lebih spesifik dan dinamik. Akhir sekali, untuk melegakan rasa sakit akibat kejang otot, anda boleh meregangkan tangan di atas kepala.

Artikel berkaitan: Sakit Perut Dan Kerap Cirit-Birit Dalam Masa Terdekat Ini, Mungkin Anda Di Jangkiti Cacing!

Sebagai kesimpulan, sakit perut pada sebelah kanan merupakan salah satu tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami masalah yang serius. Keraplah melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memeriksa keadaan kesihatan anda. Tambahan itu, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sekiranya sakit menjadi semakin teruk.

Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Scroll to Top