
Reaksi pemain Arsenal selepas tewas kepada Newcastle United. – Foto EPA
NEWCASTLE United menamatkan rentak tanpa kalah Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila VAR secara kontroversi membenarkan jaringan Anthony Gordon membolehkan Magpies menang 1-0 pada Ahad.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu tewas buat kali pertama dalam 11 perlawanan liga, dengan pengurus Arsenal itu melabelkan kekalahan itu sebagai memalukan.
Joelinton jelas menolak pertahanan Arsenal, Gabriel ketika kedua-dua pemain itu cuba memenangi hantaran silang Joe Willock, sebelum bola jatuh kepada Gordon untuk menjaringkan gol dari jarak dekat.
Arsenal juga mendakwa bola telah keluar sebelum hantaran lintang Willock dalam aksi di St James’ Park itu.