Bapa, ibu tiri dipenjara dua tahun aniaya budak

Bapa, ibu tiri dipenjara dua tahun aniaya budak

Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah, hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya darah daging mereka sendiri dalam kejadian di Bahau, Jempol, baru-baru ini.

Hakim turut menetapkan pasangan tersebut bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan menjalankan khidmat masyarakat selama 80 jam.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya telah menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang di bawah jagaan mereka sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Oleh itu, tertuduh telah kesalahan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun yang sama.

Scroll to Top