OTTAWA – OceanGate, pemilik kapal selam yang meletup dalam perjalanan untuk meneroka bangkai kapal Titanic baru-baru ini telah menggantung operasinya.
Pemberitahuan itu dimaklumkan menerusi laman sesawang OceanGate.
“OceanGate telah menggantung semua operasi penerokaan dan komersial,” katanya tanpa menjelaskan secara terperinci.
Syarikat OceanGate berpangkalan di Amerika Syarikat manakala OceanGate Expeditions, sebuah syarikat berkaitan yang mengetuai penyelaman Titan ke Titanic, didaftarkan di Bahamas.
Dalam kejadian 18 Jun lalu, kesemua lima penumpang dalam kapal Titan terbunuh.
Antara yang terbunuh ialah Stockton Rush, pemandu kapal selam dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate.
Minggu lalu, pengawal pantai memaklumkan mayat manusia berkemungkinan telah ditemui pada serpihan kapal tenggelam dan ia sedang diperiksa oleh pegawai perubatan di AS melalui kenderaan kendalian jauh, dikenali sebagai ROV yang digunakan untuk mengambil serpihan dari dasar laut kira-kira 3,810 meter di bawah air. – Agensi