Jokowi kagum semangat ‘melawan’ Indonesia

Jokowi kagum semangat ‘melawan’ Indonesia

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kagum dengan kemampuan skuad bola sepak kebangsaan mereka memberi tentangan sengit kepada Argentina sebelum kalah tipis 0-2 kepada juara dunia itu dalam aksi persahabatan di Stadium Utama Bung Karno kelmarin.

Katanya, Indonesia hanya menghuni ranking ke-149 dunia sedangkan Argentina merupakan pasukan No. 1 dunia dan jurang itu ibarat ā€˜langit dan bumiā€™.

Begitupun skuad Garuda tidak menunjukkan rasa gentar, apatah lagi lima hari lalu mereka juga memberi tentangan hebat kepada pasukan ke-93 dunia, Palestin dengan mengikat kedudukan 0-0.

ā€œSangat bagus. Saya rasa kerja keras pemain luar biasa. Seperti yang anda tahu, Argentina berada di kedudukan pertama dunia dan Indonesia pula di ranking ke-149, namun kami mampu bersaing.

ā€œWalaupun mereka menang 2-0, namun pemain Indonesia mampu mengimbangi permaiĀ­nan,ā€ katanya.

PEMAIN tengah Argentina, Giovani Lo Celso (kanan) bersaing dengan pertahanan Indonesia, Elkan William Tio Baggott (bawah) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Jakarta kelmarin. ā€“ AFP

Dalam masa sama, Jokowi berharap perlawanan persahabatan menentang juara Piala Dunia 2022 itu mampu menjadi titik kebangkitan bola sepak Indonesia di pentas anatrabangsa.

Katanya, perlawanan itu Ā­sangat bagus kerana memberi peluang kepada pemain meĀ­nimba ilmu serta pengalaman menentang pasukan bertaraf dunia.

ā€œMinggu lalu dengan Palestin yang berada di ranking ke-93, kita mampu bertahan 0-0.

ā€œKemudian dengan Argentina, pasukan No. 1 dunia, kami di tangga ke-149, hanya dibolosi dua gol, itu masih luar biasa.

ā€œKita lihat pada awalnya mereka agak gementar, masih gugup, namun separuh masa kedua mula berubah jadi luar biasa, mereka semakin dapat mengimbangi perlawanan.

ā€œIni adalah pengalaman besar buat skuad Garuda,ā€ katanya.

Argentina yang beraksi tanpa kapten mereka, Lionel Messi meraih gol kemenangan menerusi rembatan jarak jauh Ā­Leandro Paredes pada minit ke-38, diikuti tandukan Cristian Romero di minit ke-55. ā€“ AGENSI

Scroll to Top