Anna Jobling tak kisah peminat ambil gambar diam2 – “‘Kalau tak suka, baik saya duduk rumah.”

Anna Jobling tak kisah peminat ambil gambar diam2 – “‘Kalau tak suka, baik saya duduk rumah.”

Baru-baru ini, hangat di media sosial sebuah video memperlihatkan pasangan artis yang didakwa tidak bertegur sapa dengan peminat. Video itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya netizen mula memberi pendapat dan komen berkenaan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi pelakon utama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling yang sedang meningkat naik, dia berpendapat populariti adalah kehidupan yang telah dipilih oleh dirinya sendiri.

Anna Jobling yang berusia 23 tahun berkata, dia tidak akan menolak jika ada peminat ingin bergambar dengannya kerana dia sangat mudah dan senang didekati.

Anna berkongsi pendapatnya ini ketika ditemuramah oleh pihak OhMyMedia ketika Majlis Iftar Bersama Anna Jobling yang diadakan pada petang Sabtu baru-baru ini.

Anna yang ketika ditemui di Tamu Hotel, Kuala Lumpur ini juga berpendapat dia tidak boleh elak dari situasi tersebut kerana beranggapan dia adalah kepunyaan umum apabila diluar.

“Kalau saya tak suka, saya duduk rumah saja.”

Kadang-kadang jika dia perasan ada yang mengambil gambarnya secara sembunyi-sembunyi, dan dia tidak kisah jika ada peminat ingin mengambil gambarnya kerana itu sebagai suatu penghargaan buat peminat.

Sumber : OhMyMedia

Scroll to Top