“Siti Munirah rapat dengan mak sebelum jadi madu…” – Shila Amzah

“Siti Munirah rapat dengan mak sebelum jadi madu…” – Shila Amzah

Shila Amzah yang juga terpalit dengan isu yang melanda rumah tangga kedua ibu bapanya ini menjelaskan bahawa Siti Munirah yang kini merupakan ibu tirinya itu lebih rapat dengan ibu kandungnya, Fauziah Sarman selepas mereka tamat persekolahan.

Shila menafikan bahawa dia merupakan kawan baik kepada isteri kedua bapanya, ND Lala kerana ‘gelaran’ rakan baik itu tidak layak diberi kepada wanita itu.

“Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.”

Penyanyi popular itu juga berkata Siti Munirah kerap bermalam di rumahnya ketika di bangku sekolah, namun apabila menginjak usia dewasa, mereka semakin renggang kerana Siti Munirah seorang yang suka menghilangkan diri.

Namun dia hanya menganggap situasi tersebut hanyalah disebabkan tiada persefahaman antara mereka.

Tambahnya lagi, tiada ucapan baik atau buruk dari dirinya buat Siti Munirah malah wanita tersebut tidak layak menerima apa-apa rasa dari dirinya.

Penyanyi yang berusia 33 tahun ini percaya bahawa ujian yang melanda keluarganya ini pasti ada hikmah yang menjadi titik tolak untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

 

“Untuk saya sendiri, ini bukanlah perkara asing dan keluarga saya ketika ini bukan perkara baharu. Mungkin ada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang.”

“Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini.”

Shila juga berkata, tiada siapa yang mampu menjanjikan kesempurnaan dan keabadian, jadi segala apa yang berlaku akan menjadi asbab untuk kita menjadi lebih baik.

 

Penyanyi itu juga akan sentiasa sokong dan menjadi tulang belakang buat ibunya, Fauziah Sarman untuk megharungi ujian yang melanda.

“Kami sebagai anak, tiada apa pun perkara buruk yang mahu diucapkan kepada ibu bapa kami. Cuma, kami doakan kalau mahu bahagia, ikutlah cara sendiri.”

“Sebagai seorang anak, saya hanya mahu inu bapa saya gembira tidak kira masih bersama atau tidak.”

 

Sumber: Harian Metro

 

Scroll to Top