Renard letak jawatan jurulatih Arab Saudi

Renard letak jawatan jurulatih Arab Saudi

Renard akan membimbing skuad wanita Perancis menjelang saingan Piala Dunia di Australia dan New Zealand Julai depan. – Foto AFP

ARAB Saudi mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Herve Renard yang akan dilantik sebagai pengendali skuad wanita Perancis.

Renard, yang masih memiliki kontrak dengan Arab Saudi sehingga 2027, akan mengambil alih pasukan wanita Perancis menjelang saingan Piala Dunia di Australia dan New Zealand pada Julai depan.

Jurulatih berusia 54 tahun itu akan menggantikan tempat Corinne Diacre sebagai jurulatih Les Bleues.

“Terima kasih kepada peminat, penyokong dan kerajaan Arab Saudi sepanjang tempoh empat tahun sebagai jurulatih.

“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengambil keputusan seperti ini,” ujar Renard.

Renard melatih Arab Saudi pada 2019 dan memenangi Piala Negara-Negara Afrika sebanyak dua kali.

Dia juga memacu pasukannya ke saingan Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut selain turut menjadi jurulatih import yang merekodkan kemenangan terbanyak dalam sejarah negara itu.

Renard memimpin Arab Saudi menewaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan di Qatar sebelum tersingkir selepas tewas kepada Poland dan Mexico.

Scroll to Top