Sarah sambut hari jadi anak, netizen tanya – “Mana Syamsul konon nak berdamai tu?”

Sarah sambut hari jadi anak, netizen tanya – “Mana Syamsul konon nak berdamai tu?”

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya Sumayyah yang keempat bersama ahli keluarga dalam sebuah majlis yang diadakan di Restoran Haslam, semalam.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 38 tahun tersebut memuat naik beberapa keping gambar sekitar sambutan secara kecil-kecilan itu selepas selesai berbuka puasa.

Turut kelihatan ibu bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh selain mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta beberapa ahli keluarga lain.

Walau bagaimanapun, kelibat suaminya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof tidak kelihatan menerusi koleksi gambar berkenaan.

Susulan itu, ramai pengikut mempersoalkan tindakan Syamsul yang tidak hadir menyambut hari lahir puteri kesayangannya sedangkan besan pula saling merapatkan hubungan dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Malah, rata-rata netizen mengungkit semula kenyataan pengarah filem Mat Kilau itu yang kecewa apabila tidak dapat bersua muka dengan Puteri Sarah ketika melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini.

Tidak kurang ada juga segelintir individu menyifatkan inilah masa yang sesuai untuk Syamsul tampil menjernihkan keadaan sekali gus dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga.

Bersangka baik sajalah, mungkin Syamsul sedang sibuk melakukan penggambaran filem terbaharunya The Original Gangster yang menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Scroll to Top