Disangka Michael Jackson, ramai dakwa muka Hael Husaini dah makin ‘pelik’

Disangka Michael Jackson, ramai dakwa muka Hael Husaini dah makin ‘pelik’

Tidak dapat dinafikan, nama penyanyi popularm Hael Husaini atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi kerap menjadi bualan ramai kerana penampilannya yang agak berbeza berbanding dengan dahulu.

Malah, baru-baru ini juga, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan penyanyi yang berusia 35 tahun itu sedang berbual dengan rakannya di sebuah majlis.

@ombakkitchen

#haelhusaini #ombakkitchen #pakaitanganjer #kualalumpur #viral

♬ Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Dalam video yang berdurasi pendek itu, Hael yang memakai baju berwarna kelabu gelap sambil berbual dengan individu di hadapannya sambil membuat lenggok ‘lembut’ telah berjaya menarik perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wajah Hael sangat pelik serta berbeza berbanding sebelum ini yang nampak lebih ‘macho’ dan kelakiannya lebih terserlah.

 

Malah, ramai yang mengatakan wajah penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu mirip seperti Michael Jackson kerana mungkin solekan yang digunakan.

Sumber: TikTok @ombakkitchen

Scroll to Top