Video sarung cincin dikecam, individu dakwa pengantin rupanya insan istimewa

Video sarung cincin dikecam, individu dakwa pengantin rupanya insan istimewa

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial terutama di aplikasi TikTok memaparkan pengantin lelaki dilihat segan untuk menyarungkan cincin ke jari manis isterinya selepas selamat diijabkabulkan.

Mungkin situasi seperti itu di acara pernikahan sering ditularkan, ramai netizen memberikan kata-kata negatif kepada pengantin kononnya ‘terpaling halal’ sehingga perlu diajar oleh tetamu yang berada di situ.

@mashitahmashitah1

Alahai pengantin nie malu2 plk… Alhamdulillah selesai sudah… First time jmpa yg mcm nie… Selamat pengantin baru Maisarah dgn Aidil Ashraf… Semoga kekal bahagia…

♬ Devil Inside Me – Nor King

Bagaimanapun, seorang individu tampil menjelaskan sebab mengapa acara yang sepatutnya diraikan itu kelihatan seolah-olah serba tidak kena di mata segelintir netizen.

@mashitahmashitah1

Alhamdulillah… Dpt jodoh yg tepat utk ank nakan aq #Maisarah jodoh pilihan Allah… Org baik dpt jdoh pn yg baik ii…

♬ Kehilanganmu Berat Bagiku – 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜

Seorang pengguna laman Twitter, @nabilfikran10 menerima Direct Message (DM) daripada individu itu yang mendakwa pasangan pengantin iaitu Aidil Ashraf dan Maisarah merupakan pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Individu tersebut mendakwa, salah seorang rakannya berada dalam video berkenaan selain menjelaskan bahawa pengantin baharu itu adalah golongan istimewa.

“Salah seorang kawan saya ada dalam video tu. Memang betul pengantin perempuan OKU dan suaminya seperti kurang keupayaan macam tu.
“Tak tahu nak jelaskan dia macam mana. Tapi saya rasa sedih bila orang kecam kedua-duanya,” tulis individu terbabit.

Namun begitu, pemilik sebenar video di TikTok, @mashitahmashitah1 tidak membuat sebarang pengesahan berhubung dakwaan itu sebaliknya membiarkan sahaja netizen meninggalkan pelbagai andaian sendiri.

Sumber: TikTok @mashitahmashitah1, Twitter @nabilfikran10

Recent Posts

Scroll to Top