Belia Tonggak Pembangunan Masa Depan Negara

Kuala Lumpur (17 Januaray, 2023): Baru ni, banyak yang boleh dikonglomerasikan. Tak hanya pertembungan politik yang menjadi sebutan di pelbagai wadah media, kita juga tidak boleh abaikan suara-suara genrasi muda yang menjadi tonggak kepada pembentukkan kerajaan di negara kita.

Bermula 31 Disember 2021, pindaan baru telah dibuat di pihak kementerian yang mengkategorikan belia dari umur 15 tahun hingga 30 tahun yang sebelumnya adalah 15 tahun hingga 40 tahun.

Banyak inisiatif yang telah ditubuhkan oleh pihak kementerian bagi menguruskan generasi muda (belia) ini kearah yang lebih berilmiah serta produktif dalam kehidupan, dan salah satu daripada inisiatif tersebut adalah penubuhan Rakan Muda sejak tahun 1994.

Namun, perkembangan generasi muda kearah memajukan negara makin lembab dan terbantut. Salah satu faktornya, apabila usia generasi muda menjadi halangan dalam pekerjaan dan tanggungjawab yang lebih besar.

Oleh kerana masih muda, kebolehan generasi muda di remeh temehkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Kemudian, apabila mereka tidak dijaga dan diasuh dengan baik, kehidupan generasi muda akan menjadi kurang stabil kerana mereka akan lebih cenderung kepada sifat kekanak-kanakkan yang tidak matang seperti mementingkan hiburan berbanding pendidikan dan kepimpinan.

Kini, pembangunan teknologi telah berkembang dengan begitu pesat sekali dan kesannya kepada generasi muda tidak begitu memuaskan. Dunia hiburan lebih menjadi tarikan kepada generasi muda berbanding tarikah terhadap bidang pendidikan. Sebahagian contoh hiburan zaman sekarang adalah, permainan video dan filem-filem fantasi dan animasi. Hiburan- hiburan ini menjadi pisau bermata dua apabila ia menjadi keutamaan dan berlebihan. Apabila penggunaannya tidak dikawal dan diuruskan dengan baik, akan menjadi masalah besar kerana ia melalaikan serta mempengaruhi pemuda-pemuda ini untuk berhibur berbanding mempelajari lebih banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat buat masa depan diri, bangsa, agama dan negara.

Banyak pihak yang perlu melibatkan diri dalam pembangunan generasi muda ini, tak hanya ibu bapa yang memainkan peranan dirumah, malah kerajaan dan berbagai lapisan masyarakat yang lain diluar juga perlu menitip beratkan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan generasi muda ini agar dapat menjamin masa depan negara yang lebih cerah. Oleh itu, menjadi peranan juga bagi semua golongan dan lapisan masyarakat untuk bantu mengembangkan potensi generasi muda ini secara penuh dan maksima.

Pembangunan generasi muda ini perlu menjadi prioriti dalam menambah baik pentadbiran negara kita. Dengan mengenal pasti kreativiti, inovasi dan peluang mereka dalam membuat perubahan kepada negara, kita dapat yakin bahawasanya pemuda-pemuda ini dapat menjadi aset negara yang penting yang boleh bertapak dalam kepimpinan dan sebagai rakan kongsi di peringkat yang lebih tinggi.

Generasi muda juga merupakan tulang belakang kepada sesebuah negara. Pembinaan dan pengembangan potensi generasi muda pada tingkat bidang perguruan supaya lebih banyak program-program ilmiah melalui berbagai ragam pendidikan formal dan tak formal.

Generasi muda perlu diberi bekal berupa ilmu pengetahuan sesuai dengan tuntutan zaman. Semenjak musim covid yang melanda dunia sejak Mac 2020, pengguna media atas talian menjadi Oleh itu, generasi muda perlu digilap dengan unsur yang terbaik dan diberikan penghayatan untuk menjadi warga negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bak kata Mantan Presiden Indonesia, ā€œBeri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda, nescaya akan kuguncangkan dunia.ā€

Oleh itu, golongan muda sebenarnya memainkan peranan yang sangat signifikan terhadap pembangunan serta kemajuan sesebuah negara.

 

Malay News

Oleh Nurul Haq bin Mohamad Syahid

adalah pelajar

Program Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia

 

 

Scroll to Top