Pelakon wanita, Rita Rudaini sememangnya antara selebriti yang tidak lokek berkongsi aktiviti harian di media sosial. Dia yang berstatus ibu tunggal dilihat gembira membesarkan anak-anak lelaki yang sudah meningkat remaja dan kerap memuat naik perkongsian positif di Instagram dan juga TikTok.
Baru-baru ini, Rita telah membuat satu posting berkenaan aktivitinya pada hari Jumaat apabila menghantar serta menunggu anak lelakinya menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran rumah.
@ritrud727 #Repost @ritrud727 ・・・ Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak2…mommy tggu kamu dlm kereta 😌…tugas mommy utk anak2 lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri…doa kan mommy sihat selalu 🤍
Menerusi kapsyen yang disertakan pelakon drama Bukan Cinta Biasa itu, dia ingin menyimpan momen tersebut sebagai satu kenangan di masa hadapan dan mengatakan tugas tersebut akan selesai setelah mereka berkeluarga kelak.
“Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak2…mommy tggu kamu dlm kereta …tugas mommy utk anak2 lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri…doa kan mommy sihat selalu,” ujarnya.
Perkongsian yang dibuat Rita telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka berasa sebak dengan pengorbanan yang dilakukan pelakon terbabit dan
Untuk rekod, Rita Rudaini dan pemain bolasepak terkenal, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pernah berkahwin pada tahun 2008 namun bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: TikTok @ritrud727