Berjiwa rakyat! Ramai dah ‘jatuh cinta’ dengan kepimpinan Anwar Ibrahim

Berjiwa rakyat! Ramai dah ‘jatuh cinta’ dengan kepimpinan Anwar Ibrahim

Tidak dapat dinafikan, perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah mengejutkan ramai pihak sehingga ada yang mempertikai jawatan yang disandangnya itu untuk mentadbir negara.

Malah, keadaan sebelum ini bertambah hangat apabila pengumuman kabinet yang dibuat oleh Anwar yang melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri (TPM) I telah mencetuskan perbalahan ramai pihak memandangkan pemimpin tersebut mempunyai kes mahkamah yang serius.

Disebabkan itulah, ramai yang mempersoalkan mengenai keputusan tersebut dengan meletakkan Zahid Hamidi sebagai TPM walhal sebelum ini beliau pernah menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dan juga penyelewengan.

Namun begitu, sebaik sahaja beliau menggalas jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak 24 November lalu, terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukannya untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia telah berjaya menarik perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seoran pengguna @kimsayyu di laman TikToknya, personaliti Anwar Ibrahim yang begitu ramah menyantuni rakyat telah mencuri perhatian netizen.

@kimsayyu

Xsia2 dok tunggu depan pintu 🤭🤭 #perdanamenterike10 #anwaribrahim

♬ Funny Song – Cavendish Music

Dalam video tersebut, kelihatan Pengerusi Pakatan Harapan itu sedang berjalan di karpet merah sambil dikelilingi rakyat dan pada masa yang sama, beliau dikawal rapi oleh pengawal peribadi.

Bagaimanapun, salah seorang wanita dalam video tersebut cuba untuk berswa foto bersama pemimpin tersebut namun tidak meneruskan niatnya itu.

Akan tetapi, tindakan wanita tersebut disedari oleh pemimpin tersebut yang sempat menegurnya dan berseloroh dengan melakukan gelagat yang mencuit hati.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap mesra pemimpin tersebut dan mereka mengakui sudah semakin sayang terhadapnya.

Bahkan, ada juga netizen sudah terbuka hati untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara dan mendakwa beliau mempunyai aura yang tersendiri.

Malah, mereka turut menegaskan akan mengundi pemimpin yang berusia 75 tahun itu pada Pilihan Raya Umum yang ke-16 dan memilih beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-11 kelak.

Sumber: TikTok @kimsayyu

Scroll to Top