Ramai terkejut, tak sangka Siti Nurhaliza berbakat jadi pengulas ramalan cuaca

Ramai terkejut, tak sangka Siti Nurhaliza berbakat jadi pengulas ramalan cuaca

Siapa sangka dari seorang penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga seorang yang berbakat menjadi pengulas ramalan cuaca seperti mana tular sebuah video di media sosial sebentar tadi.

Difahamkan, Siti beraksi sebagai pengulas ramalan cuaca dalam Berita Wilayah jam 5 petang tadi dan Berita Perdana, jam 8 malam ini di saluran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Malah, berita baik itu turut dikongsikan oleh penyanyi nombor satu negara menerusi laman Instagram miliknya selain kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun itu meluahkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada hari ini.

Siti berkata, dia berharap agar kolaborasinya bersama pihak MET Malaysia dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana.

Menjengah ke platform TikTok milik RTM, mereka memuat naik video Siti sedang menyampaikan info berkaitan keadaan cuaca , ramalan serta nasihat ringkas kepada penonton yang berdepan dengan kawasan berisiko tinggi.

“Ni betul-betul Siti Nurhaliza, bukan cubaan,”tulis RTM di ruangan hantaran berkenaan.
@radiotelevisyenmalaysia

Ni betul-betul @Siti Nurhaliza gais, bukan cobaannn 🤩🤩 #BeritaRTM #YangSahihDiRTM

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Rata-rata warganet terutama peminat Siti Nurhaliza itu meluahkan keterujaan dan tidak sangka dapat melihat artis kegemaran mereka menjadi pengulas ramalan cuaca di kaca televisyen.

Sumber: Instagram @ctdk, TikTok @radiotelevisyenmalaysia

Scroll to Top