Ustazah Afifah & suami nak failkan saman, ‘petik’ nama pendakwah bebas?

Ustazah Afifah & suami nak failkan saman, ‘petik’ nama pendakwah bebas?

Nama Ustazah Siti Afifah rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. pelbagai kenyataan yang dilihat agak kontroversi telah mencuri perhatian warganet di media sosial sehingga beberapa agamawan seperti Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hal sebenar.

Dia dan suami turut pernah ditegur oleh sebilangan pendakwah agar tidak mengeluarkan kenyataan agak mengelirukan kerana boleh mengakibatkan umat Islam menerima maklumat yang kurang tepat.

Walau bagaimanapun, menerusi siaran langsung yang dibuat oleh Ustazah Afifah dan suami di media sosial baru-baru ini, dia telah menyelar beberapa pihak dengan mengatakan sudah lama bersabar dengan segala fitnah dan tohmahan yang mereka terima.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan suami kepada Ustazah Afifah yang dikatakan seperti memetik nama beberapa pendakwah bebas apabila memberitahu akan menfailkan saman berhubung fitnah.

@myramalik26

Sapa fitnah dia ? mampuihh dahh marah dahh dia😂🤣 #ustazahviral #trending

♬ original sound – Myramalik – Myramalik

Dalam video tersebut, penceramah itu mengatakan akan membawa isu ini ke mahkamah dan akan menfailkan saman kepada beberapa individu yang dikatakan menfitnah mereka.

Ujar mereka, hal saman menyaman ini sedikit pun tidak mereka hairankan tetapi lebih kepada jenayah menfitnah yang telah dilakukan oleh beberapa pihak terhadap mereka.

Pasangan suami isteri itu juga menyelar pendakwah terkenal, Dato’ Dr Danial yang dikatakan tidak tabbayun sehingga memperlekehkan orang lain sewaktu mengulas isu video kontroversi berkenaan ‘makan ubat tahan sakit masuk neraka?

Perkongsian semula video yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai myramalik itu telah menuai pelbagai maklum balas daripada netizen.

Kebanyakan mereka berasa pelik dengan pasangan penceramah ini kerana apa yang dikatakan sebelum ini adalah keluar dari mulut mereka sendiri.

 

 

 

Untuk rekod, beberapa video kontroversi kenyataan Ustazah Siti Afifah telah viral di media sosial apabila mengatakan suami yang membiarkan isteri melahirkan anak dengan dibantu doktor lelaki adalah dayus.

Tak hanya itu, kenyataannya tentang makan ubat tahan sakit boleh membawa kepada masuk neraka juga kurang disetujui oleh banyak pihak terutamanya agamawan yang meminta penceramah itu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam.

Sumber: Facebook sunnah tidak berbohong 2, TikTok myramalik26, YouTube Siti Afifah

Scroll to Top