Penyaman udara berteknologi nanoe™ X kekalkan udara bersih

Penyaman udara berteknologi nanoe™ X kekalkan udara bersih

KUALITI dan keadaan udara yang bersih menjadi salah satu aspek yang dititikberatkan apabila memilih penyaman udara.

Selain itu, penyaman udara yang jimat tenaga dan selesa bagi seisi keluarga beristirahat juga menjadi keutamaan apabila selepas seharian bekerja.

Penyaman udara Panasonic yang dilengkapi teknologi nanoe™ X mempunyai keupayaan untuk menghalang Novel Coronavirus sehingga 99.99 peratus.

Teknologi nanoe™ X berupaya menyekat aktiviti virus dan bakteria sekali gus akan memberikan ruang pengudaraan yang sejuk, berkualiti dan bersih buat seisi keluarga.

Penyaman udara berteknologi nanoe™ X kekalkan udara bersih

Selain memberikan perlindungan daripada bau, penyaman udara Panasonic ini juga menghalang pertumbuhan bakteria, virus, kulat dan alergen sambil memberikan udara yang lembab dan menyegarkan sehingga 24 jam.

Bukan itu sahaja, Panasonic juga turut menawarkan rebat sehingga RM150 dengan tambah nilai Touch ‘n Go melalui Penjimatan Trio bermula sekarang hingga 31 Disember.

Dapatkan nombor pin tambah nilai, insentif rebat kemampanan dan kecekapan penjimatan tenaga apabila membeli salah satu daripada tiga model yang ditawarkan dan nikmati nilai rebat tiga kali ganda.

Hanya dengan empat langkah mudah, anda berpeluang menikmati insentif rebat ini.

Langkah 1: Beli penyaman udara Siri Penyongsang nanoe™ X Panasonic  dalam satu resit.

Langkah 2: Muat naik gambar resit dan isi maklumat yang diperlukan di sini.

Langkah 3: Simpan resit asal bagi tujuan verifikasi.

Langkah 4: Terima nombor pin tambah nilai Touch ‘n Go dalam masa 30 hari bekerja melalui WhatsApp.

Lindung keluarga dari dalam rumah dan jangan lepaskan peluang bagi merebut penjimatan hebat Panasonic sehingga 31 Disember 2022. 

Ketahui dengan lebih lanjut tentang  Penjimatan Trio di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Panasonic Malaysia atau kunjungi media sosial

Panasonic di Facebook, Instagram dan Youtube.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top