Teruja pertama kali mengundi, tindakan Leona tunjuk kertas undian cetus perbalahan ramai

Teruja pertama kali mengundi, tindakan Leona tunjuk kertas undian cetus perbalahan ramai

Anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat begitu teruja untuk membuat undian Pilihan Raya Umum ke-15 buat kali pertamanya secara undi pos.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, remaja yang berusia 20 tahun itu menunjukkan kertas undian PRU di media sosial telah mencetuskan perdebatan dan reaksi dalam kalangan netizen.

 

Mana tidaknya, ramai yang mendakwa Leona sepatutnya tidak boleh berbuat sedemikian kerana boleh menyebabkan undiannya menjadi rosak gara-gara nombor siri dan maklumat pengundi  yang perlu menjadi rahsia telah didedahkan kepada umum.

Namun begitu, ada yang memaklumkan tindakan Leona itu tidak menjadi masalah kerana dia masih blum menandakan parti yang disokongnya pada kertas undian itu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang tidak berpuas hati kerana bukan dia sahaja individu yang baru pertama kali mengundi malah, ramai orang orang di luar sana yang sama sepertinya.

Sumber: TikTok @leonsmeonss

Scroll to Top