Peluang saksi final Piala Dunia di Qatar

Peluang saksi final Piala Dunia di Qatar

KUALA LUMPUR – Bagi menghangatkan kejohanan Piala Dunia bulan depan, Affin Bank telah melancarkan kempen Road To Qatar bagi memberi peluang kepada dua pemenang bertuah menyaksikan pertandingan pusingan akhir bola sepak di Qatar.

Kempen yang sedang berlangsung kini sehingga 30 November ini menawarkan pemenang hadiah utama yang diberikan tiket penerbangan pergi dan balik, tiket menyaksikan pertandingan bola sepak serta penginapan.

Peraduan yang dijayakan bersama Reach Publishing itu juga akan memberi peluang kepada tiga pemenang bertuah membawa pulang televisyen pintar UHD 65 inci.

Menurut Affin, kempen tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan untuk menyertainya, orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Affin atau layari laman web bank atau melalui platform media sosial bank berkenaan.

Pemenang hadiah utama kempen Affin Bank akan diberikan tiket penerbangan pergi dan balik, tiket menyaksikan pertandingan bola sepak serta penginapan.

“Penyertaan adalah secara automatik melalui setiap trasaksi yang dilakukan dengan Affin.

“Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mendepositkan duit di dalam akaun simpanan atau semasa Affin atau membuka akaun simpanan baharu samada akaun simpanan, semasa, Avance Savvy, INVIKTA, mendaftar bagi perbankan runcit internet atau memohon atau mengaktifkan kad prabayar Affin Merchantrade,” kata bank komersil itu dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, pemegang kad kredit dan debit sedia ada atau pemohon baharu juga layak memenangi kempen tersebut serta mereka yang turut melabur dalam bank itu berpeluang memenangi hadiah lumayan tersebut.

Hadiah lain yang ditawarkan bagi kempen yang telah bermula pada bulan lalu adalah Apple iPad Pro manakala hadiah mingguan ditawarkan sebanyak 80 jersi pemain bola. – MalaysiaGazette

Scroll to Top