Peminat wanita tak keruan tengok MK gigit stereng, ada yang rela jadi kereta!

Peminat wanita tak keruan tengok MK gigit stereng, ada yang rela jadi kereta!

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, selebriti terkenal, MK K-Clique atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan telah mencuri perhatian ramai setelah video-videonya di TikTok menjadi bualan para peminat.

Sudah tentu peminat wanita tersenyum lebar apabila MK memuat naik video menunjukkan wajahnya yang pasti menggoda ‘iman’ mereka dengan background lagu sesuai.

Salah satu video yang mendapat tontonan melebihi satu juga viewers dalam masa sehari adalah ketika dia menggigit stereng kereta.

@mk.kc302

Baby, aku ada type 🍑

♬ Calm Down – Rema

Dengan senyuman manis dan susunan gigi yang cantik, ruangan TikTok penyanyi rap berusia 26 tahun itu dipenuhi dengan komen daripada para peminat terutamanya peminat perempuan.

Selain daripada video tersebut, ada lagi video MK sedang memakai baju turut mendapat perhatian ramai. Masing-masing tidak keruan melihat badan penyanyi berkenaan yang pasti mencairkan banyak mata yang melihat.

@mk.kc302

Baby girl, ku lo sa…

♬ original sound – MK K-CLIQUE – MK K-CLIQUE

Apa-apa pun, perkongsian yang dibuat MK sememangnya menghiburkan kerana dia juga tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya di media sosial sebagai satu cara terus berkomunikasi dengan para peminat yang terdiri daripada golongan muda.

Sumber: TikTok MK K-CLIQUE

Scroll to Top