Kehadiran seorang individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang juga dikatakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad ke Malaysia baru-baru ini telah menjadi perdebatan ramai.
Ada di antara mereka meragui status tersebut walaupun sebahagian pihak telah menunjukkan bukti bahawa nasabnya adalah benar.
Namun, beberapa video menunjukkan kehadiran individu itu di dalam majlis maulid telah mendapat perhatian ramai kerana dilihat hanya duduk sahaja tanpa mengikuti selawat ataupun memberikan ceramah kepada hadirin yang ada.
😵💫 pic.twitter.com/2vnaNruiyH
— Ezre Shahar (@Ezre_shahar) October 13, 2022
Dalam pada itu, video seseorang membantunya mengupas kulit udang di dalam pinggan ketika mahu menikmati juadah turut menjadi perdebatan netizen di media sosial kerana begitu pelik melihat ramai pihak menyanjunginya sehingga ke tahap tersebut.
This vid is not about the lady herself, but that duck lips guys tu! Wei seriously la sampai tahap mcm tu yer depa sanjung dia like ko makan udang ada org tlg kopekkan? Like seriously? Aku ni jahil tang agama but melies ni junjung dia tahap mcm tu eh? pic.twitter.com/F89v0KKMcn
— rulduff 💉❄ (@rulduff) October 15, 2022
Oleh sebab itu, netizen- netizen di ruangan komen Twitter @rulduff telah berbalah mengenai perkara tersebut. Kebanyakan mereka merasa tindakan mengupas udang dan melayan Mawla berkenaan secara berlebihan seakan tidak wajar.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan tindakan tersebut adalah wajar kerana ramai sahaja yang melakukan sebegitu kepada tok guru mereka sebagai tanda hormat.
Mereka juga meminta supaya netizen tidak berlebihan dalam mengeluarkan kata-kata kerana bimbang boleh mejadi satu fitnah.
Namun begitu, ada satu perkongsian dari seorang warga Malaysia yang menetap di Morocco mengatakan yang individu tersebut tidak diiktiraf di negaranya dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai perkara-perkara tersebut.
Wanita menggunakan nama @ze_nazri itu juga memaklumkan yang penduduk di Morocco tidak bergaul dengan individu terbabit dan berharap agar para pemujanya berhenti melakukan hal berkenaan.
Akan tetapi, dia sama sekali tidak melarang mereka yang ingin memuja mawla terbabit kerana ia hak masing-masing, namun memaklumkan apa yang ditulis adalah dari penjelasan warga tempatan.
Apa-apa pun, terpulang kepada masing-masing untuk mempercayai ataupun tidak semua info yang dinyatakan kerana ia adalah hak peribadi sama ada mahu menyangjungi individu terbabit ataupun sebaliknya.
Sumber: Twitter @rulduff, @ze_nazri