Kenang arwah ayah di Meletop, Nabil Ahmad gagal tahan sebak

Kenang arwah ayah di Meletop, Nabil Ahmad gagal tahan sebak

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad gagal menahan kesedihannya ketika siaran langsung program Meletop semalam apabila mengenangkan kembali arwah ayahnya  yang telah meninggal dunia pada 7 Oktober lalu akibat komplikasi jantung.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @syakila amira di laman TikToknya, Nabil menjadi hos Meletop bersama selebriti jemputan, Lisa Surihani.

@syakila_nsa

‘Semoga semua diberi kefahaman ilmu yang disampaikan.’ Ayat Nabil. @MeleTOP Salam takziah @Nabilahmad & keluarga di atas pemergian ayahanda tersayang. #meletop #nabil #salamtakziah

♬ original sound – Syakila Amira – Syakila Amira

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Meletop di laman YouTubenya, Nabil berkongsi detik akhir dimana arwah ayahnya sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, dia luah rasa syukur apabila insan tersayangnya itu pergi meninggalkan dunia pada hari yang sangat mulia dan berdekatan dengan Hari Maulidur Rasul.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak atas pemergian arwah ayah pengacara yang berusia 39 tahun itu dan memahami perasaan kehilangan yang dialaminya sekarang.

Malah, mereka juga mendoakan agar Nabil dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan yang menimpa dan redha dengan takdir yang Allah tetapkan.

Sumber: TikTok @syakila amira, YouTube @Meletop

Scroll to Top