Setiap kali tibanya musim cuti umum atau persekolahan, pasti ramai merancang percutian bersama ahli keluarga atau rakan-rakan bagi memanfaatkan masa yang ada.
Semestinya ramai mengambil peluang untuk bercuti di pusat peranginan seperti Cameron Highland walaupun mengetahui pengalaman ‘pahit’ yang terpaksa ditempuhi.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali @aniesaadzwan, jelas kelihatan kesesakan lalu lintas yang terpaksa dilalui oleh pengunjung hadir ke Tanah Rata terletak di Pahang itu.
Difahamkan, kesesakan itu bukan sahaja terpaksa dilalui oleh mereka yang baru sahaja ‘naik’ ke Cameron, bahkan beransur pulang ke rumah masing-masing.
@aniesaadzwan Bagi sape yang nak naik keatas tuhh bertabah laa ye 😅 #cameronhighland #tenangributjiwa #foryou
Selain itu, pengguna tersebut turut menitipkan pesanan buat mereka yang mahu naik ke atas Cameron itu supaya tabah hadap kesesakan lalu lintas.
“Bagi sesiapa yang nak naik ke atas tu, bertabahlah la ya,”tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata menyatakan mereka yang bercuti di Cameron Highland seperti tidak serik menghabiskan masa mereka di dalam kereta.
Selain itu, ramai menyatakan kesesakan di Cameron Highland itu merupakan penyebab utama mereka tidak mahu bercuti di sana terutama pada musim cuti umum atau persekolahan.
Tak kisahlah kesesakan macam mana pun terpaksa diharungi, ramai tetap memilih Cameron Highland sebagai destinasi pilihan. Ternyata, orang kita semuanya penyabar orangnya.
Sumber: TikTok @aniesaadzwan