Influencer terkenal, Khairul Aming ketika ini sedang bercuti di Kota London dan kerap berkongsi perjalannya di sana kepada para peminat di media sosial.
Menerusi Insta Story influencer itu, dia telah berkunjung ke tempat tumpuan ramai dimana para pengunjung mendapatkan makanan.
Ketika sedang berjalan-jalan, dia telah bertemu dengan beberapa orang warganegara Malaysia yang kebetulan turut melancong ke London.
Paling mencuri tumpuan sudah tentu tindakan spontan pemuda tersebut apabila membuka beg dan memberikan sebotol Sambal Nyet ketika satu keluarga dari Malaysia sedang makan.
Perkara berkenaan telah disambut dengan gembira oleh mereka yang pastinya mengikuti perkembangan influencer asal Kelantan itu di media sosial.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi momen bertemu dengan keluarga pemuzik terkenal, AG Coco dan beberapa lagi kenalan baru dari Malaysia.
Mereka dilihat makan bersama dan sempat bergambar untuk kenang-kenangan.
Perkongsian-perkongsian Khairul Aming sepanjang berada di Kota London telah mendapt pujian peminatnya di Twitter kerana merasakan seolah-olah turut serta dalam percutian influencer itu.
Mereka juga berterima kasih kepada influencer berkenaan kerana menunjukkan momen sepanjang berada di sana sehingga ada di antara mereka memasang impian untuk ke negara Eropah itu juga.
Sumber: Instagram Khairul Aming