“Cantik gila tahu tak!” -Fesyen Aina Abdul dipuji, peminat minta kekal macam ni

“Cantik gila tahu tak!” -Fesyen Aina Abdul dipuji, peminat minta kekal macam ni

Umum sedia tahu bahawa penyanyi terkenal, Aina Abdul sememangnya gemar bereksperimen dengan fesyen-fesyen pelik di setiap acara.

Disebabkan itu, dia kerap kali dikritik netizen kerana terlihat ‘over’ kerana berlebihan dalam berpakaian walaupun tujuannya adalah untuk mengikuti tema yang ingin dibawakan dalam setiap persembahan.

Namun begitu, penampilan pelantun lagu Semalam ini di Anugerah Industri Muzik 23 telah menerima pujian daripada orang ramai kerana terlihat sederhana dan bersesuaian dengannya.

Aina terlihat simple but glamour dalam busana dari Rizman Ruzaini menyerlahkan lagi aura sebagai antara penyanyi hebat Tanah Air ketika ini.

Walaupun masih ada elemen ‘bulu-bulu’ di busana tersebut, namun ia dilihat tidak berlebihan dan nampak sangat sesuai dengan Aina ketika itu memandangkan ia tidak sarat sehingga boleh menganggu pemandangan yang melihat.

Justeru itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memuji penampilan Aina Abdul dan amat menyukai fesyennya semalam.

 

Sumber: Instagram Aina Abdul

Scroll to Top