Solat lima waktu itu wajib di dalam Islam. Sujud merupakan salah satu bahagian yang wajib dalam solat. Buat para wanita muslimah, terdapat macam-macam jenis sujud yang anda perlu ketahui juga ya.
Tujuan utama sujud adalah untuk menunjuk dan membentuk status seorang muslim itu sebagai hamba Allah. Sujud juga ingin menunjukkan rendah hati seseorang itu, penyerahan diri dan pengabdian seorang hamba kepada penciptaNya.
Adab ketika bersujud mempunyai tiga iaitu menutup aurat, mempunyai wudhu, menjaga kebersihan serta menghadap kiblat. Perkara ini sangat penting apabila melakukan sujud di dalam solat. Walaupun secara umum sujud merupakan bahagian gerakan solat, namun sujud juga boleh dilakukan dalam pelbagai kondisi tertentu. Ianya bergantung atas jenis sujud apa yang dilakukan.
Ini merupakan sujud yang perlu diketahui muslimah.
1. Sujud solat
Sujud merupakan salah satu daripada rukun solat. Selain itu, sekiranya anda solat dan tidak bersujud maka solat anda akan terbatal atau tidak sah ya.
Ini adalah doa sujud di dalam solat:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhaana rabbiyal a’laa wa bihamdih (3x)
Bermaksud: “Maha suci Rabb-ku yang Maha Tinggi dan memujilah aku kepada-Nya.” sumber dari artikel wolipop.detik.com
2. Sujud Syukur
Sujud syukur ini dilakukan apabila setiap kesempatan yang membuahkan hasil kejayaan atau bebas dari kejahatan yang terjadi dari diri anda. Ianya tidak memiliki syarat jika anda lakukannya tetapi ahli agama memerintah agar menjaga kebersihan dan arah kiblat anda.
Sujud syukur ini berlaku apabila mendengar nikmat tertentu yang terjadi juga. Ia dianjurkan bagi segera bersujud kepada Allah.
سبحان ربي الأعلى
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi
Sebagai orang muslim, hendaklah kita berterima kasih kepada Allah atas barakahnya. Akan tetapi, tiada dalil buat seseorang itu mengucapkan takbir pada awal sujud atau taslim selepas itu.
3. Sujud Sahwi
Ramai yang tidak tahu Sujud Sahwi ini merupakan sujud kelalaian. Ia terjadi apabila seseorang itu diperintahkan untuk sujud dua kali sekiranya dia terlupa rakaatnya, maka ia harus melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi mazhab Hanafi dan Hanbali mewajibkan sujud ini. Tetapi buat mazhab lain akan menganggapnya sebagai Sunnah.
Sujud Sahwi ini dilakukan apabila anda berada dalam situasi ini:
- Jika seseorang itu lalai dalam solat. Sebagai contoh seseorang itu melakukan hanya tiga rakaat ketika solat zuhur. Apabila teringat, dia perlu melakukan rakaat keempat dan dua sujud untuk kelalaiannya sendiri.
- Apabila seseorang itu menambah rakaat atas kekhilafan. Sebagai contoh solat lima rakaat untuk Zuhur. Maka dia harus untuk sujud sahwi dua kali.
- Apabila seseorang itu melupakan beberapa Sunnah Muakaddah atau wajib.
- Apabila individu tersebut salah membaca beberapa bacaan di dalam solat seperti membaca surah Al-Fatihah setelah tashahhud atau membaca setelah bangun dari ruku’.
Jadi sebagai muslimah, kita perlu tahu tentang sujud-sujud yang perlu dilakukan ini. Akan tetapi sujud merupakan perkara yang wajib di dalam solat.
Sumber: Wolipop.detik.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.