Diaibkan Celtic, giliran Dundee pecat Ross

Diaibkan Celtic, giliran Dundee pecat Ross

KELAB sensasi Liga Perdana Scotland, Dundee United memecat pengendali Jack Ross selepas dimalukan 9-0 Celtic, kata kelab Liga Perdana Scotland itu pada Selasa.

Keputusan diambil beberapa jam setelah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Bournemouth memecat pengendali Scott Parker selepas tewas 9-0 kepada Liverpool.

Kemenangan Celtic di Tannadice Park pada Ahad menyamai rekod kemenangan 9-0 ke atas Aberdeen pada 2010-11.

Tiga mata diraih pendahulu kendalian Ange Postecoglou itu merupakan kemenangan di laman lawan terbesar sejarah kejuaraan, mengatasi kemenangan 8-1 di Dunfermline Athletic pada 2005-06.

Dundee berkata, Ross yang mengendalikan tujuh perlawanan di Tannadice Park telah dilepaskan daripada tugasannya bersama The Tangerines berkuat kuasa serta-merta.

ā€œLiam Fox akan mengendalikan pasukan sementara menjelang perlawanan pusingan kedua Piala Liga menentang Livingston pada Rabu,ā€ kata kelab yang kini menghuni tangga keempat liga dari 12 pasukan.

Parker dipecat Bournemouth tiga hari selepas kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga utama Inggeris.

Scroll to Top