Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya tawar perkhidmatan pemulihan intensif dari Korea Selatan

Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya tawar perkhidmatan pemulihan intensif dari Korea Selatan

PERUBATAN Pemulihan menjadi antara bidang kepakaran perubatan yang memfokuskan rawatan kepada pesakit -pesakit yang mengalami masalah kefungsian yang disebabkan oleh pelbagai penyakit. 

Telah diperkenalkan di Malaysia sejak 20 tahun yang lalu, Perubatan Pemulihan adalah perkhidmatan kepakaran khusus, sama seperti kepakaran perubatan lain contohnya bidang Kardiologi dan Neurologi. 

Namun, kekurangan kesedaran berkenaan kepentingan perkhidmatan ini menyebabkan ramai pesakit masih tidak dapat mengakses perkhidmatan Perubatan Pemulihan bagi membantu mereka pulih secara optimum. 

Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya  tampil menawarkan perkhidmatan Perubatan Pemulihan yang intensif memfokuskan kepada potensi pemulihan seseorang bersesuaian dengan tahap kecederaan atau penyakit yang dihadapi.

Perkhidmatan pemulihan ini menggunakan pendekatan pemulihan sistematik secara bio-psiko-sosial yang dilengkapi dengan teknologi Korea Selatan yang terkenal. 

Antara kepakaran yang dimiliki oleh pakar- pakar di Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya  adalah pemulihan saraf, strok, kecederaan otak traumatik, kecederaan saraf tunjang, geriatrik, muskuloskeletal dan pemulihan perubatan lain.

Setiap rawatan perkhidmatan pemulihan ini dipadankan secara khusus dengan keperluan individu oleh Pakar Perunding Perubatan Pemulihan yang berpengalaman. 

Dengan penekanan kepada intensiti dan disiplin, struktur program pemulihan pesakit dirancang dan disasarkan dalam tempoh yang bersesuaian mengikut keperluan pesakit. 

Bagi penjagaan intensif awal pesakit, Daehan menyediakan sesi terapi intensif setiap hari untuk meningkatkan proses pemulihan dan setiap sesi terapi dilakukan oleh ahli terapi terlatih khas dan setiap pesakit akan dijaga oleh jururawat terlatih serta berpengalaman.

Jadual harian program biasanya menampilkan beberapa sesi pemulihan, bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Rawatan Perubatan Pemulihan di Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya dilakukan di gimnasium  terbuka dan luas untuk meningkatkan penglibatan dan interaksi sosial antara pesakit serta perawat. 

Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya tawar perkhidmatan pemulihan intensif dari Korea Selatan

Rawatan pemulihan  di Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya adalah berteraskan teknik Bobath dan Proprioceptive Neuromuscular Fascilitation (PNF). Program rawatan yang ditawarkan termasuklah, fisioterapi, terapi cara kerja, rangsangan elektrik berfungsi (Functional  Electrical Stimulation), terapi kesakitan, terapi pertuturan, pemulihan disfagia, terapi fungsi kognitif berkomputer, latihan aktiviti untuk kehidupan seharian (ADL retraining), latihan kembali bekerja, pemulihan pulmonari, rawatan mesin, latihan berjalan dengan peralatan khas,rawatan robotik , treadmill hidroterapi dan treadmill anti-graviti. 

Ahli terapi di Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya adalah terlatih dan berkelulusan dari program latihan intensif di Seoul untuk memastikan pelanggan menerima rawatan yang  terbaik.

Untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan dan rawatan, Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya  menyediakan pendidikan perubatan setiap bulan daripada jurulatih profesional dari Korea Selatan kepada setiap ahli terapi. 

Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya juga dilengkapi dengan jabatan kecemasan, jabatan pengimejan, klinik pakar, perkhidmatan jagaan harian, perkhidmatan pesakit dalam (inpatient) dan pesakit luar (outpatient).

Untuk maklumat lanjut layari https://www.daehanrehab.com

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top