Isu dedah muka anak, netizen dakwa Mira Filzah perli Neelofa

Isu dedah muka anak, netizen dakwa Mira Filzah perli Neelofa

Semalam, portal melaporkan pelakon Mira Filzah akan berkongsikan wajah anaknya, Wan Khair Amir yang kini berusia tiga bulan apabila sudah tiba masanya nanti.

Jelas Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman,dia tidak mempunyai asbab untuk sorokkan wajah anaknya kerana orang ramai pasti akan bertemu dengannya juga apabila keluar rumah.

“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak?”kata Mira Filzah.

Bagaimanapun, kenyataan yang diberikan oleh Mira ketika ditanya oleh wartawan  telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Menerusi artikel yang dikongsikan oleh sebuah portal tempatan di laman Facebook, ramai warganet mendakwa pelakon berusia 29 tahun itu sebenarnya dalam diam memerli selebriti lain yang enggan mendedahkan wajah anak mereka terutama Neelofa.

Scroll to Top