“Member baru masuk dunia TikTok”- Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill

“Member baru masuk dunia TikTok”- Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill

Pelakon dan pelawak terkanl. jep Sepahtu atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menjadi sorotan netizen apabila dia akhirnya membuka akaun TikTok sendiri dengan menggunakan nama sebagai @jeptapan.

Apa yang menarik perhatian netizen, perkongsian videonya di laman TikToknya yang berkapsyen ‘sebenarnya semua baju boleh tuck in.. cuma berani tak berani je’ telah mendapat respon daripada influencer terkenal, mamatgotnochill.

@mamatgotnochill

Jep tapan #fyp #foryou

♬ original sound – Mamatgotnochill – Mamatgotnochill

Ujar Mamat, dia tidak setuju dengan kapsyen yang diberikan oleh pelawak yang berusia 37 tahun itu dan mengatakan tidak semua baju boleh dimasukkan ke dalam seluar seprti mana yang dilakukan oleh Jep.

Reaksi yang diberikan oleh mamat yang menegur menggunakan nada gurau senda itu telah mengundang gelak tawa netizen apabila menjadikan pelawak tersebut adalah mangsa terbaharunya memandang dia adalah juri bagi mencari kesalahan di TikTok.

Bukan itu sahaja, netizen turut memuji keberanian Mamat dalam menegur pelawak ‘legend’ itu yang terkenal dalam menghiburkan orang ramai menerusi program realitinya, Sepahtu Reunion.

Sumber: TikTok @mamatgotnochill, @jeptapan

Scroll to Top