Parkir sesuka hati halang laluan bas, geng lelaki pakat angkat Myvi alih ke tepi

Parkir sesuka hati halang laluan bas, geng lelaki pakat angkat Myvi alih ke tepi

Berhadapan dengan pemandu kereta yang mementingkan diri sendiri sememangnya sangat menguji kesabaran.

Salah satunya apabila dengan sesuka hati memarkir kenderaan mereka tanpa mengambil kira keadaan sekeliling serta tidak peduli jika keretanya menghalang laluan orang lain.

Hal tersebut samalah seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok bernama Amir apabila bas dinaiki olehnya serta rakan-rakan yang lain terpaksa berhenti kerana laluan terhalang oleh sebuah Myvi yang diparkir ala kadar di tepi jalan.

Pada awalnya mereka mencuba mencari pemilik kenderaan tersebut dengan mengelilingi Padang Kota Lama namun tetap tidak menemuinya.

Jadi, disebabkan mereka harus segera beredar dari kawasan tersebut, Amir dan rakan-rakan telah berganding bahu mengangkat kereta terbabit dan mengalihkannya ke tepi agar bas yang mereka naiki boleh melalui laluan itu.

 

@amirafiqqqqq

♬ Goda – Bhumiband

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa mungkin pemilik kenderaan berkenaan ada di sekeliling mereka sahaja namun segan untuk mengaku berikutan menggangu laluan kenderaan lain.

Ada juga di antara mereka meminta pengguna TikTok itu membuat laporan polis supaya dapat mengeluarkan saman trafik kerana meletak kenderaan secara salah di tepi jalan sehingga menganggu laluan kenderaan lain.

 

Sumber: TikTok @amirafiqqqqq

Scroll to Top