Seorang wanita dikenali sebagai Syara Abdullah mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘scam’ usahawan kosmetik, Safiey Illias dalam satu urusan jual beli beg tangan terpakai atau ‘preloved’ jenama mewah.
Menerusi pendedahan di laman Facebook baru-baru ini, dia tidak menyangka ditipu kerana beranggapan bahawa usahawan tersebut pastinya ‘berduit’ sekali gus meletakkan kepercayaan sepenuhnya.
Menurut Syara, ada sahaja alasan diberikan usahawan itu selepas dia melakukan pemindahan wang RM4,500 bagi pembelian beg Christian Dior berkenaan.
Syara kemudian mengambil keputusan untuk mengambil sendiri beg itu bersama suaminya di kediaman usahawan terbabit di Desa Melawati, Kuala Lumpur tetapi kelibat Safiey tetap tidak kunjung tiba.
Lebih menyedihkan apabila selepas memeriksa barangan dihantar ‘runner’ itu, Syara mendakwa beg tersebut bukan jenama original sebaliknya tiruan semata-mata kerana masih dibalut plastik yang belum digunakan.
Sedar menjadi mangsa penipuan, dia terus membuat laporan di Balai Polis Gombak selain menganggap bukan rezekinya untuk memiliki beg berkenaan.
Posting itu mendapat 2,700 perkongsian dan lebih 900 komen dalam kalangan netizen yang rata-rata mengecam perbuatan Safiey serta berharap agar mangsa mendapat duitnya kembali.
Sementara itu, warga Twitter juga mengupas topik sama dimana seorang individu @melorsofia menyeru orang ramai agar tidak membeli beg tangan daripada usahawan tersebut bagi mengelakkan diperdaya.
Just a PSA, please don’t buy preloved branded handbags from Safiey Illias. He’s been scamming people by either sending a copy handbag or not sending anything at all. It’s a pity that his business went down sampai kena jual rumah, kereta semua but also, jangan kena scam okay.
— syazmn (@melorsofia) May 15, 2022
Ramai dah kena tipu. Kesiannya, beribu-ribu pulak tu per person 😭😭😭 https://t.co/q3ai0I8DoZ
— syazmn (@melorsofia) May 15, 2022
Sumber: Facebook Syara Abdullah , Twitter @melorsofia