JDT dah kumpul RM425,300

JDT dah kumpul RM425,300

PETALING JAYA: Dua kemenangan dilakar Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) membolehkan Harimau Selatan ketika ini mengumpul 100,000 dolar (RM425,300) sebagai hadiah kemenangan.

Skuad kendalian Benjamin Mora memulakan kempen ACL dengan membelasah Guangzhou FC 5-0, Jumaat lalu, sebelum meneruskan rentak cemerlang mengejutkan Ulsan Hyundai 2-1, malam tadi.

Pasukan yang memenangi perlawanan di peringkat kumpulan saingan ACL akan menerima 50,000 dolar, manakala pasukan yang seri akan memperoleh AS$10,000 (RM42,530).

Harimau Selatan akan meneruskan saingan dalam Kumpulan I berdepan juara liga Jepun, Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.

TUNKU Ismail puas dan gembira meraikan kemenangan JDT ke atas Ulsan Hyundai.

Selain itu, kemenangan JDT ke atas Ulsan Hyundai juga memberikan Malaysia tiga lagi mata di dalam ranking pertandingan kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Menurut kenyataan di Facebook, JOHOR Southern Tigers yang memetik sumber footyrankings.com, kemenangan itu membolehkan Malaysia melonjak satu anak tangga ke tempat ke-15.

Terdahulu, Malaysia berada di tangga ke-21 sebelum dua kemenangan terbaharu JDT ini.

Dalam pada itu, Malaysia kekal di tangga ketujuh Asia Timur tetapi semakin menghampiri Thailand, Vietnam dan China sekali gus penyertaan lebih banyak kelab Malaysia dalam pertandingan AFC pada 2024 semakin hampir.

JDT menyumbang 14 daripada 14.45 mata yang diperoleh Malaysia sejak 2019.

Mata yang dikumpul oleh JDT pada tahun sebelum ini juga memastikan satu slot automatik ke ACL dan dua slot automatik ke Piala AFC untuk Malaysia pada 2022 dan 2023.

Scroll to Top