Kongsi rezeki Ramadan, reaksi lelaki ini ajak ‘rider’ GrabFood berbuka puasa undang sebak netizen

Kongsi rezeki Ramadan, reaksi lelaki ini ajak ‘rider’ GrabFood berbuka puasa undang sebak netizen

Bulan Ramadan ini ramai berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan, tidak kiralah khatam Al-Quran,  bersedekah, menunaikan solat tarawih dan sebagainya.

Ini termasuklah salah seorang pengguna di laman TikTok apabila berkongsi pengalaman yang  dikatakan tidak pernah dilakukan olehnya sepanjang bulan Ramadan sehingga mengundang sebak di kalangan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Muhd Fareast, dia sengaja membuat pesanan makanan melalui aplikasi GrabFood meskipun tahu azan Maghrib bakal berkumandang.

Jelasnya, tujuan asal berbuat sedemikian adalah untuk mengajak rider penghantar makanan GrabFood itu untuk berbuka sekali di rumahnya.

@acak_east

Abang GrabFood menitis air mata bila berbuka bulan Ramadhan @mohdhaziqmansor #grabfood #foodpanda #fyp #foryoupage #foryou #ramadhan

♬ Allah Allah Aghisna – Jihan Audy

Apa yang menarik perhatian netizen, reaksi rider tersebut pada mulanya enggan untuk menerima pelawaan baik pelanggannya, namun akhirnya bersetuju setelah mendengar azan berkumandang.

Sebaik sahaja mereka berborak ketika waktu iftar, lelaki itu memberikan sejumlah wang kepada rider yang dikenali Mohd Haziq Mansor.

“Pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan sebagai rider berkenaan kerana bersusah payah menjalankan tanggungjawab dan amanah demi pelanggannya.

Suasana bertambah sayu apabila rider itu terus memeluk tuan rumah sambil menitiskan air mata kesyukuran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan sebak apabila melihat tindakan murni yang dikongsikan oleh lelaki tersebut dengan menggembirakan orang lain, selain tidak lokek berkongsi rezeki di bulan Ramadan ini.

Ekoran daripada penularan video yang dikongsikan oleh Muhd Fareast di akaun TikTok miliknya, pihak GrabFood Malaysia dengan berbesar hati membalas jasa baik dengan memberi Krispy Kreme Doughnuts.

@acak_east

Grab Malaysia Respon tak sangka jadi Viral..Terima Kasih @grabfoodmy for this..Hope lebih ramai orang berbuat baik dan berkongsi rezeki #grabfoodmy #fyp #foryoupage #foryou

♬ Ramadan – Arabic-Malay/Bahasa Version – Mostafa Abo Rawash

Semoga saudara Fareast dimurahkan rezeki selalu.

Scroll to Top