“Patutlah nampak letih..” – Kongsi video disebalik tabir masakan, netizen kagum dengan KhairulAming

“Patutlah nampak letih..” – Kongsi video disebalik tabir masakan, netizen kagum dengan KhairulAming

Siapa sahaja tidak kenal dengan jejaka berbakat besar dalam bidang masakan, Khairul Aming.

Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia kerana dia dilihat sentiasa berkongsi video resepi masakan di media sosial.

Difahamkan, sepanjang bulan Ramadan, lelaki kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu akan berkongsikan 30 resepi sahur dan 30 resepi untuk juadah berbuka puasa kepada pengikutnya.

Menariknya pada kali ini, KhairulAming berkongsi disebalik tabir pembikinan video itu di laman Insta Story miliknya dan dimuat naik semula oleh rakan baik, Luqman Hakim di platform Twitter.

Menerusi video itu, dia dilihat sedang melakukan rakaman suara bagi video resepi untuk sahur pada hari ini, iaitu Makaroni Goreng.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet kagum melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh KhairulAming dalam menghasilkan sebuah video pendek resepi masakan kepada pengikutnya.

Tidak kurang juga, ada di kalangan pengikut meluahkan simpati apabila melihat raut wajah KhairulAming kelihatan penat bagi menghasilkan kualiti video yang terbaik.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh KhairulAming dalam menghasilkan video resepi membuatkan peminat risau akan kesihatan lelaki itu dan ada netizen meminta dia menjaga kesihatan diri.

Untuk makluman, KhairulAming baru sahaja pulih daripada Covid-19 beberapa hari yang lalu.

Sumber: Twitter @kemeyhakim, Instagram @khairulaming

Scroll to Top