Misi AS tangkap ketua Deash rumit

Misi AS tangkap ketua Deash rumit

WASHINGTON: Perisikan Amerika Syarikat (AS) pasti lelaki yang menghuni tingkat atas sebuah rumah di Atme, utara Syria, adalah ketua kepada kumpulan Daesh.

Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi dikatakan tidak pernah meninggalkan premis itu kecuali hanya keluar untuk mandi di atas bumbung bangunan berkenaan.

Dalam Bilik Situasi Rumah Putih, di mana model sebenar rumah itu tersedia, Presiden AS, Joe Biden, diberi taklimat mengenai pilihan bagi ‘meneutralkan’ al-Qurashi, salah satu satu sasaran paling dikehendaki AS.

Pegawai AS, berkata mereka boleh membunuh al-Qurashi dengan mudah, berdasarkan yang lokasinya itu yang sudah dikaji tahun lalu sebelum ditentukan dapat dimusnahkan menerusi tembakan tepat peluru berpandu.

Namaun, kata seorang pegawai kanan AS yang memberi taklimat kepada wartawan mengenai serbuan itu, Biden memilih jalan yang lebih berisiko.

Ia bertujuan mengurangkan kemungkinan membunuh orang awam yang turut mendiami rumah tiga tingkat itu, yang terletak di tengah-tengah ladang pokok zaitun berhampiran sempadan dengan Turki.

Pegawai itu berkata, serangan Pasukan Gerakan Khas AS memulakan operasi yang ‘sangat rumit’ pada awal pagi semalam kerana ada banyak rumah berdekatan dan kehadiran wanita serta ramai kanak-kanak di dalam bangunan itu.

Akhirnya, ketika tentera elit AS mengepung rumah itu dan mengarahkan semua orang di dalam untuk keluar, al-Qurashi bertindak meletupkan dirinya bersama isteri dan dua anaknya.

Pegawai berkenaan berkata, anggota operasi itu juga diingatkan berulang kali mengenai kemungkinan al-Qurashi memilih jalan itu berbanding ditahan.

Lokasi persembunyian di wilayah Idlib itu hanya 15 kilometer dari lokasi di mana pemimpin terdahulu Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, turut membunuh diri pada Oktober 2019 untuk mengelak ditangkap dalam serbuan komando AS.

AS meletakkan ganjaran AS$10 juta (RM41.78 juta) ke atas al-Qurashi sejurus selepas beliau mengambil alih tampuk pimpinan Daesh.

Awal minggu ini, Biden diberi taklimat mengenai operasi itu dan meluluskannya pada pagi Selasa lalu di Rumah Putih.

Ketika Biden, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan pegawai lain menyaksikan paparan secara langsung operasi di Bilik Situasi Rumah Putih, di mana kelihatan helikopter terbang membawa puluhan komando AS, yang kemudian mengarahkan jiran sekitar supaya menjauhkan diri.

“Leftenan ISIS dan isterinya terbunuh,” kata pegawai itu tanpa memberikan butiran, sambil menambah bahawa empat kanak-kanak yang ditemui di lokasi sama dibawa ke tempat selamat. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top