Ramai nak jadi pemandu lori selepas lelaki tunjuk slip gaji RM8k

Ramai nak jadi pemandu lori selepas lelaki tunjuk slip gaji RM8k

Gaji perlu setimpal dengan tugas dilakukan. Lebih-lebih lagi kerja yang disifatkan β€˜ekstrem’ terutama melibatkan nyawa di atas jalan raya, sudah tentu memerlukan pendapatan lumayan!

Baru-baru ini, seorang lelaki menggunakan nama @madrizz_official di aplikasi TikTok berkongsi satu video kepada pengikutnya mengenai jumlah gaji yang diterima sebagai pemandu lori.

Menurut lelaki itu, dia tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk pendapatan diterima sebaliknya sekadar menjawab persoalan yang paling banyak ditanya dalam kalangan netizen.

@madrizz_official

Balas kepada @mohdfaizalredzuan bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima πŸ™ #fypchallenge #fyppage #fypγ‚· #fyp #fypage #masukberanda

♬ suara asli – rainn – rainn

β€œBukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yang paling banyak saya terima,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan rakaman berdurasi 45 saat itu, @madrizz_official berkata dia menerima gaji kasar sebanyak RM8,883,96 sekali gus memperincikan setiap maklumat pada penyata gaji berkenaan.

β€œBasic RM1,100, kemudian overtime (OT) kalau ada kerja hari Ahad atau cuti umum. Seterusnya komisyen trip RM7,463. Gaji kasar RM8,883.
β€œLepas tu jumlah potongan Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) RM774, potongan RM1,032 daripada majikan dan pinjaman selama sebulan RM1,490.
β€œAkhir sekali, gaji bersih yang kita terima. RM6,215. Okay lepas ni jangan tanya pasal gaji lagi ye,” katanya dalam video tersebut.
@madrizz_official

asal buka tiktok lagu ni je trus #masukberanda #fypage #fyp #fypγ‚· #fyppage #fypchallenge

♬ suara asli – 𝐃𝐒𝐝𝐒𝐀_π…πšπ›π«πžπ πšπ¬ – 𝐃𝐒𝐝𝐒𝐀_π…πšπ›π«πžπ πšπ¬

Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih 2.8 juta tontonan itu dipenuhi lebih 5,000 komen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung gaji diterimanya.

Rata-rata netizen mengatakan gaji diterima pemandu lori tersebut adalah setimpal dengan kepenatannya apatah lagi berdepan risiko di atas jalan raya.

Sumber: TikTok @madrizz_official

Scroll to Top