Meskipun sudah lebih sebulan mendirikan rumah tangga, hubungan ‘sweet’ penyanyi popular Haqiem Rusli dan isterinya Anis Sofea terus menjadi perhatian ramai terutama dalam kalangan peminat mereka.
Terbaharu, pasangan tersebut sekali lagi menjadi tumpuan ketika Anis melakukan sesi IG Live dimana suaminya yang berusia 23 tahun sempat ‘menyelit’ sehingga disertai hampir 4,000 pengguna Instagram.
Menerusi video dikongsi pengguna aplikasi TikTok @_.intannorshalira dan @iyr4_, kelihatan wanita berusia 19 tahun itu diusik suaminya yang dipercayai mempunyai air wuduk sebelum menunaikan solat.
@_.intannorshalira Comel je dorg ni
#haqiemrusli #anissofea #haqiemsofea #hrxas
Walau bagaimanapun, tindakan Anis yang memanggil suaminya hanya dengan nama selain perkataan ‘kau’ membuatkan segelintir warganet mempersoalkan sekali gus menegur tentang perkara tersebut.
Namun, rata-rata membidas semula tanggapan warganet berkenaan yang menyifatkan tiada salah sekiranya memanggil pasangan dengan nama mereka asalkan tahu menghormati antara satu sama lain.
Sementara itu, Anis sempat menjawab pertanyaan peminat berhubung personaliti penyanyi lagu Mimpi itu yang disifatkan seorang suami yang baik dan bersopan santun.
@iyr4_
#HRXAS #haqiemrusli #qiemilioofficialfc @qiemilioofficialfc
Terdahulu, pasangan berkenaan berkahwin di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November lalu dengan anggaran kos sebanyak RM7 juta.
Sumber: TikTok @_.intannorshalira & @iyr4_