Banjir yang melanda di sesetengah kawasan dilihat agak buruk kerana hujan lebat yang berpanjangan sejak beberapa hari kebelakangan ini membuatkan air naik dengan cepat.
Ada di antara penduduk di kawasan terjejas terpaksa memanjat bumbung rumah demi bagi menyelamatkan diri kerana air yang naik sudah di tahap membahayakan.
Bukan hanya manusia, haiwan-haiwan peliharaan juga perlukan bantuan bagi menyelamatkan nyawa mereka yang turut terkandas disebabkan bencana ini.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @mitzudiaries, dia telah memuat naik beberapa video beberapa orang lelaki membantu menyelamatkan kucing terperangkap di dalam rumah yang sudah dinaiki air.
YA ALLAH ALHAMDULILLAH KUCING SELAMAT 😭😭 RUPANYA ADA BANYAK DALAM RUMAH TU 😭😭😭 https://t.co/jK9HBXYvMo pic.twitter.com/DYrBKN3D5Y
— aina (@mitzudiaries) December 19, 2021
Pada awalnya, pengguna Twitter tersebut telah memuat naik perkongsian meminta bantuan agar kucing tersebut diselamatkan kerana melihat haiwan tersebut duduk di cermin tingkap sebuah rumah.
Namun apabila bantuan tiba, rupanya banyak lagi kucing yang terperangkap memandangkan air sudah melepasi paras tingkap dan sudah hampir mencecah bumbung.
Sedihnya tak tahu macam mana nak selamatkan kucing tu 😭 pic.twitter.com/7OraEHWWWR
— aina (@mitzudiaries) December 19, 2021
Usaha murni lelaki berkenaan telah mendapat pujian daripada warganet kerana rata-rata berterima kasih diatas bantuan tersebut.
Dapat dilihat kucing-kucing yang baru diselamatkan itu berada dalam keadaan panik memandangkan tidak dapat bergerak menyelamatkan diri sendiri susulan air sudah di tahap berbahaya.
Sumber: Twitter @mitzudiaries