Syamsul Yusof cari pelakon KL Gangster 3, pemuda tawar diri sebab ada parut ‘ori’

Syamsul Yusof cari pelakon KL Gangster 3, pemuda tawar diri sebab ada parut ‘ori’

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof mencari dua orang pelakon hebat untuk tampil dalam filem KL Gangster 3 The Finale arahannya yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Tertarik dengan ‘pencarian’ tersebut, seorang pemuda berkongsi satu ciapan di laman Twitter seolah-olah menawarkan dirinya untuk memegang salah satu watak dalam filem berkenaan.

Pemuda yang dikenali sebagai @dot_burn itu memuat naik foto wajahnya yang mempunyai kesan jahitan sekali gus menyifatkan fizikalnya sesuai bagi membawa watak sebagai ‘gangster’.

“Salam, saya ada parut original, dapat babak berlari masa nak gaduh tendang meja saya okay dah hahah,” seloroh @dot_burn atau nama sebenarnya Firdaus Abu Bakar.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan punca pereka grafik itu mengalami wajah sedemikian namun berdasarkan foto terbaharunya, kesan parut tersebut dipercayai sudah semakin hilang.

Meskipun bergurau kononnya mahu menjayakan mana-mana babak, hasrat pemuda berkenaan disambut baik oleh pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi.

Sebelum ini, filem KL Gangster dan KL Gangster 2 yang dijayakan oleh pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Aaron Aziz, Adam Corrie dan Soffi Jikan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga meraih kutipan jutaan ringgit.

Sumber: Twitter @dot_burn , Instagram Syamsul Yusof

Scroll to Top