am@hmetro.com.my
Kuantan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan operasi pemadaman kebakaran hutan gambut di Pekan yang memasuki hari kesembilan.
Pengarah JBPM negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, kebakaran seluas 94 hektar dengan 80 hektar di kawasan Chenderawasih dan 14 hektar lagi di Palma Valley.
Katanya, setakat ini, seramai 31 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Nenasi dan Peramu terbabit dalam operasi pemadaman.
“Kebakaran mula dilaporkan berlaku membabitkan kawasan seluas tiga hektar pada 3 Mac lalu, sebelum berjaya dipadamkan tiga hari kemudian.
“Bagaimanapun, api kembali merebak sehingga 94 hektar dan setakat ini satu hektar berjaya dipadamkan di kawasan Palma Valley,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, JBPM Pahang mengumumkan operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa dan hutan seluas 176 hektar di Gebeng, yang berlaku sejak 22 Februari lalu, ditamatkan sepenuhnya.
Lebih 70 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi pemadaman lebih dua minggu itu.
Operasi padam kebakaran ladang kelapa akhirnya ditamatkan
© New Straits Times Press (M) Bhd