7 sungai di Kedah lepasi paras bahaya

7 sungai di Kedah lepasi paras bahaya

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Tujuh sungai di negeri ini menunjukkan bacaan melepasi tahap bahaya setakat 11 malam ini.

Ia membabitkan tiga di Kubang Pasu, dua di daerah Kota Setar dan masing-masing satu di Baling dan Yan.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata dan Sungai Laka di daerah Kubang Pasu menunjukkan trend menaik diikuti Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di daerah Kota Setar.

Selain itu, Sungai Sedim di Kampung Sedim di daerah Baling dan Sungai Gurun di Kampung Perupok di daerah Yan juga menunjukkan trend menaik.

Tiga sungai iaitu Sungai Perik di daerah Padang Terap, Sungai Ketil di Kuala Pegang di daerah Baling dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang di daerah Pendang menunjukkan aras bacaan melepasi tahap amaran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top