7 PPS dibuka di Seberang Perai

7 PPS dibuka di Seberang Perai

am@hmetro.com.my

Butterworth: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Seberang Perai bagi menempatkan penduduk yang kediaman mereka terjejas susulan banjir kilat.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang, tiga PPS diaktifkan di daerah Seberang Perai Utara, diikuti masing-masing dua PPS di daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Sehingga kini, seramai seramai 25 keluarga dilaporkan terjejas banjir kilat di daerah Seberang Perai Utara, namun tiada mangsa dipindahkan di tiga PPS berkenaan.

Manakala di daerah Seberang Perai Tengah seramai 44 mangsa terjejas banjir dipindahkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti dan di Dewan Bukit Teh.

Sementara itu, dalam daerah Seberang Perai Selatan pula seramai 33 mangsa kini berteduh di PPS Dewan Sungai Bakap dan di Dewan MBPP Sanglang ekoran kediaman mereka dinaiki air.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan amaran itu berkuat kuasa sehingga Khamis ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top