Kuala Lumpur: Sempena tayangan perdana filem Stitch yang bakal ditayangkan pada Mei ini, 7-Eleven Malaysia memperkenalkan kempen bertemakan kekeluargaan, Ohana Time : Adventures with Stitch yang akan berlangsung dari 5 Mei hingga 29 Jun 2025.
Ia bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menikmati pelbagai ganjaran menarik melalui aplikasi mudah alih MY7E.
Mekanisme utama kempen ini membabitkan pengumpulan e-setem melalui aplikasi MY7E.
Pelanggan akan menerima satu e-setem bagi setiap perbelanjaan minimum RM10 dalam satu transaksi resit.
Tambahan, pembelian produk daripada jenama-jenama terpilih yang menyertai program bonus e-setem akan melayakkan pelanggan untuk menerima satu e-setem tambahan.
Selepas berjaya mengumpul sebanyak 15 e-setem, pelanggan berhak untuk menebus satu mangkuk makanan serba guna edisi terhad Stitch secara percuma.
Adventurous Travel dengan 7-Eleven
Bukan itu sahaja, kempen ini juga menawarkan peluang memenangi hadiah menarik lain melalui peraduan Adventurous Travel with 7-Eleven.
Caranya mudah, hanya tambah RM10 lagi dalam satu resit berjumlah RM20 dan isi borang peraduan dengan melampirkan bukti pembelian.
Pelanggan yang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian empat hari tiga malam ke Disneyland Hong Kong untuk satu keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak) berjumlah RM20,000.
Antara hadiah menarik lain yang boleh dimenangi termasuk MAS Asean Pass bernilai RM1,499 untuk tiga pemenang, kad hadiah petrol bernilai RM100 untuk sepuluh pemenang, serta tiket wayang GSC untuk seratus pemenang.
Pelanggan boleh memuat turun aplikasi MY7E sekarang untuk mula mengumpul e-setem dan menebus hadiah eksklusif.
Luangkan masa bersama keluarga sambil nikmati produk 7-Eleven, dan menangi percutian impian ke Disneyland Hong Kong.
Untuk maklumat lanjut dan terma penyertaan, sila lawati laman web rasmi 7-Eleven.
© New Straits Times Press (M) Bhd