Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru agar golongan belia yang terlibat dengan dadah tampil secara sukarela mendapatkan bantuan tanpa perlu rasa malu atau takut memandangkan hampir 60 penagih di pusat rawatan adalah dalam kalangan tersebut.
Penagih di pusat rawatan 60% adalah belia
Memetik laporan Bernama, Hannah menyatakan sudah tiba masanya belia membuang stigma terhadap pusat rawatan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang sememangnya sudah menyediakan perkhidmatan pemulihan.
“Sebenarnya AADK sudah ada perkhidmatan itu, cuma mungkin kerana mereka banyak kes untuk ditangani, ia tidak sampai kepada golongan belia itu,” katanya pada Selasa.
KBS akan bantu penagih di pusat rawatan
Beliau yang bercakap sewaktu Hannah awatan kerja rasmi ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil turut menjelaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperhebat promosi rawatan pemulihan yang ditawarkan kepada golongan muda.
“Jadi, tanggungjawab ini mesti dipegang bukan sahaja oleh AADK tetapi KBS perlu datang dan bantu AADK. KBS dan KDN perlu bekerjasama dengan rapat kerana ini (belia) adalah kumpulan sasar kita,” ujarnya.
Artikel lain: Tak perlu lagi beratur! Tempah fasiliti KBS kini lebih mudah guna JomPAY
60% penagih di pusat rawatan adalah belia
Difahamkan, daripada 190,000 klien di PUSPEN, sebanyak 60% atau kira-kira 117,000 daripadanya adalah belia.
Oleh sebab itu Hannah menegaskan, pemulihan amat penting kerana belia adalah aset negara dan berhak untuk mendapat peluang kedua.
Sukan sebagai terapi dan peluang kedua
Lebih menarik, Hannah turut mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat bekas atlet yang bersara bagi melatih belia di PUSPEN dalam bidang sukan.
“Kita juga mahu bantu mereka melalui sukan kerana saya yakin dalam golongan belia yang menggunakan dadah pasti ada bakat sukan yang belum kita jumpa lagi.
Kalau kita berikan mereka latihan di sini (PUSPEN), bukannya setakat dapat latihan atau kemahiran lain tetapi ada platform untuk bersukan,” jelasnya.
Di kesempatan itu, Hannah turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan penghuni PUSPEN dan meninjau kemudahan yang disediakan di pusat pemulihan itu yang kini menjadi harapan bagi ramai belia untuk bangkit semula.
Sumber: Bernama